tukar_name_lagi
2006-11-19 15:22:48 UTC
FITNAH ..
Oleh : Wan Kasmah Daud
Tarikh : 6/22/2006 3:09:49 PM,
Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh mendatangkan kesan
yang amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain. Fitnah boleh di
ertibahasa seseorang yang menyampaikan keburukan orang lain (tanpa bukti yg
kukuh)
di kalangan orang ramai dengan tujuan supaya semua orang membenci atau
memusuhinya.
Fitnah boleh berlaku di mana- mana terhadap orang lain kerana didorong oleh
perasaan irihati, kurangnya iman dan lemah iman dan jiwanya kotor.Justeru
itu perbuatan fitnah tergolong sifat munafik dan dosa besar dalam Islam
kerana boleh menjatuhkan keaiban seseorang dan menghalangnya dari berbuat
kebajikan. Firman Allah: "Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak
bersumpah lagi hina yang banyak mencela yang kian kemari menyebar fitnah,
yang banyak menghalang berbuat baik yang melampaui batas lagi banyak dosa."
(Al- Qalam: 10 - 12) Firman Allah: "Dalam hati mereka ada penyakit, lalu
Allah tambahkan penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih di sebabkan
mereka berdusta." (Al- Baqarah: 10)
Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh
menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.
Firman Allah: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan." (AL-
Baqarah: 191) Firman Allah: "Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada
membunuh." (Al- Baqrah: 217) Dalam Islam melindungi kehormatan atau menjaga
nama baik seseorang adalah dituntut agar dapat menjaga hak dan kebajikan
orang lain selamat dari murka Allah. Justeru itu perbuatan fitnah antara
sesama Muslim akan mendapat balasan yang buruk dari Allah di dunia dan
akhirat. Firman Allah: "Sesungguhnya orang- orang yang menuduh (memfitnah)
wanita- wanita yang baik lagi beriman berzina, mereka kena laknat di dunia
dan akhirat dan bagi azab yang besar." (An- Nur: 23) Sabda Rasulullah S.A.W:
"Seburuk- buruk hamba Allah iaitu orang yang berjalan ke sana ke mari dengan
fitnah yang memecahbelahkan antara kekasih yang suka mencari kecacatan
orang- orang yang baik." (HR: Ahmad) Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak akan
masuk syurga yang membawa fitnah." (HR: Bukhari dan Muslim dari Huzaifah)
Oleh kerana bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan, maka umat Islam
hendaklah sentiasa berhati- hati dan jangan mudah terpedaya dengan fitnah
yang dibawa atau diterima. Firman Allah: "Wahai orang- orang yang beriman
apabila datang kepadamu orang fasik yang membawa berita (fitnah) maka
perhatikanlah dengan teliti (kebenarannya)." (Al- Hujurat: 6)